~HUBUNGAN KEPENDUDUKAN DENGAN SUMBER~
~Pengenalan~
1. Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza.
2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Penduduk berlebihan
(b) Penduduk optimum
(c) Kurang penduduk
(a) Penduduk berlebihan
(b) Penduduk optimum
(c) Kurang penduduk
3. Negara penduduk berlebihan
bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu
besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk
dengan secukupnya.
4. Negara penduduk optimum
bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat
menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup
yang paling tinggi.
5. Negara kurang penduduk
bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang
kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat
digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.
1. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.
2. Ciri-ciri penduduk berlebihan:
(a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.
(b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
(c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai.
(d) Taraf hidup yang rendah
(e) Taraf teknologi yang rendah
(f) Kadar pengangguran yang tinggi
(g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.
(a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.
(b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
(c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai.
(d) Taraf hidup yang rendah
(e) Taraf teknologi yang rendah
(f) Kadar pengangguran yang tinggi
(g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.
3. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:
(a) Taraf kesihatan yang rendah
(b) Hasil produktiviti rendah
(c) Taraf pendidikan yang rendah
(d) Anak yang ramai
(e) Migrasi penduduk tinggi
(f) Taraf teknologi rendah
(a) Taraf kesihatan yang rendah
(b) Hasil produktiviti rendah
(c) Taraf pendidikan yang rendah
(d) Anak yang ramai
(e) Migrasi penduduk tinggi
(f) Taraf teknologi rendah
5. Taraf kesihatan yang rendah
menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga
meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai
menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.
6. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.
7. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.
8. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.
9. Migrasi penduduk luar
bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk
mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan
kadar upah yang tinggi.
10. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam bidang pertanian sahaja.
1. Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.
2. Ciri-ciri kurang penduduk:
(a) Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit.
(b) Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
(c) Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya.
(d) Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup.
(a) Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit.
(b) Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
(c) Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya.
(d) Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup.
3. Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia dan Brazil.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kurang penduduk:
(a) Taraf pendidikan yang tinggi
(b) Golongan muda berkahwin lambat
(c) Mengamalkan perancangan keluarga
(d) Meningkatkan taraf hidup
(e) Cara hidup pergaulan bebas
(a) Taraf pendidikan yang tinggi
(b) Golongan muda berkahwin lambat
(c) Mengamalkan perancangan keluarga
(d) Meningkatkan taraf hidup
(e) Cara hidup pergaulan bebas
5. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya berkelulusan kolej atau universiti.
6. Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan kadar pertumbuhan penduduk juga rendah.
7. Penduduk mementingkan kerjaya dan mengamalkan perancangan keluarga untuk mengehadkan bilangan anak.
8. Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
9. Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.
~Kesan-kesan Yang Penduduk Berlebihan dan Kurang Penduduk~
1.
Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan
terhadap keperluan kependudukan di negaranya. Ini
disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad dan
tidak dapat menampung keperluan penduduknya.
2.
Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia,
India dan Bangladesh mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi yang tinggi. Jadual
di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan semula jadi
negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.
~Kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.~
3. Negara-negara penduduk berlebihan akan mengalami masalah kekurangan makanan.
Contohnya keadaan kemarau berpanjangan yang melanda negara
Ethiopia telah menyebabkan kegiatan pertanian
tidak dapat diusahakan. Bekalan makanan yang sedia ada pula tidak
mampu menampung keperluan penduduk. Bagi mengatasi masalah ini empangan
telah dibina untuk meningkatkan bekalan air.
4. Negara Bangladesh pula masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak produktif
kerana kekurangan teknologi moden. Keadaan ini telah
meningkatkan lagi masalah kekurangan makanan.
5.
Kadar kemiskinan di luar bandar telah menyebabkan penduduknya berhijrah
ke bandar-bandar besar demi mendapat taraf
hidup yang lebih baik.
6.
Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada
mereka yang kurang berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini
menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan
upah gaji tinggi.
7.
Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan
kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi.
Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah tempat tinggal
seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.
8.
Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan
Ethiopia, pertanian merupakan pekerjaan utama
penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian
tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan
ini mendorong mereka untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar
negara untuk meningkatkan taraf hidup.
9.
Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang
berlebihan penduduk, kerajaannya kurang mampu
menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik.
Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut
sangat rendah. Sebagai contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia,
38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk India yang
kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak
terpaksa bekerja sebagai buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.
10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti
klinik, pusat rawatan dan hospital, kadar pertambahan penduduk
yang ramai telah menambah beban yang terpaksa
ditanggung pada kemudahan kesihatan dan perubatan yang sedia ada.
11. Bilangan kakitangan yang tidak mencukupi
juga menyebabkan peluang untuk penduduk menerima rawatan
amat rendah. Contohnya, hanya seorang doktor diperuntukkan bagi
merawat 30 195 orang penduduk negara Ethiopia dan 4 759 orang
penduduk bagi seorang doktor di negara Bangladesh.
12. Kebanyakan penduduk di negara-negara penduduk berlebihan mempunyai jangka hayat yang rendah kerana mengamalkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan masalah kebuluran.
13.
Penduduk di negara Ethiopia misalnya secara purata mempunyai jangka
hayat 48 tahun untuk lelaki dan 52 tahun bagi perempuan,
Manakala, Bangladesh pula pada jangka hayat 58 tahun bagi lelaki
dan perempuan pada tahun 1997.
14. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan di negara-negara ini amat kurang kerana ketidakmampuan kerajaan untuk menyediakannya.
15.
Hanya 32.3% penduduk India menikmati bekalan air dan 42.4% daripada 75%
penduduk di bandar dan 30.5% di luar bandar mampu menikmati
kemudahan bekalan elektrik. Manakala penduduk di negara
Bangladesh terpaksa menggunakan air dari sungai, kolam dan tasik
untuk tujuan domestik.
16. Purata pendapatan bagi setiap keluarga semakin menurun apabila meningkatnya bilangan ahli keluarga dalam sesebuah rumah.
17.
Untuk mengurangkan beban kerja dan kos dalam menjalankan kegiatan
pertanian kebanyakan petani menggunakan tenaga
buruh dari kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak.
1. Taraf hidup penduduk
di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi
dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport
negara-negara kurang penduduk adalah tinggi dan mencukupi
untuk membiayai perbelanjaan negara.
2. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.
3.
Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di
Australia ialah 12.71 bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar
kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000 penduduk dan
di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.
4.
Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua
negara adalah rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000
penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1 000
penduduk negara Kanada.
5. Purata pendapatan
tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia
dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan
moden. Contohnya, setiap keluarga di Kanada mempunyai purata
pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia ialah sebanyak
AS$27 585 bagi setiap keluarga.
6. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
~Guna tenaga di Kanada tahun 2000~
7. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.
8. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untuk kemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.
9. Negara-negara kurang penduduk akan mengalami masalah pertambahan penduduk yang perlahan pada masa depan. Jumlah penduduk muda yang kurang daripada 15 tahun adalah rendah di negara terbabit iaitu 19.5% bagi Kanada dan 21.6% bagi Australia.
10. Kerajaan negara-negara ini perlu meningkatkan lagi perbelanjaan bagi
menyediakan kemudahan kebajikan seperti rumah orang
tua, skim pencen dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tua
di negara-negara tersebut yang semakin bertambah.
11. Kemudahan pendidikan yang baik
sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati
kira-kira 92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya,
hampir 100% penduduk Australia, 99% penduduk Kanada dan 83%
penduduk Brazil kenal huruf.
12. Kemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih sempurna membolehkan penduduk di negara kurang penduduk memiliki taraf kesihatan yang tinggi. Kadar kematian bayi ketika lahir juga rendah iaitu
hanya pada tahap 5 bayi untuk 1 000 orang. Nisbah doktor bagi
negara Australia contohnya adalah seorang untuk 400 orang penduduknya.
13. Amalan pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang panjang. Contohnya
penduduk Kanada mempunyai jangka hayat sehingga 80 tahun
dan penduduk. Australia mempunyai jangka hayat 77.15 bagi
lelaki dan 83 tahun bagi perempuan.
14. Kerajaan negara-negara kurang penduduk mampu menyediakan kemudahan asas seperti
bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang
lebih baik dan lengkap. Contohnya, 100% penduduk
Kanada, 92% penduduk Brazil dan 99.5% penduduk Australia
dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan.
15.
Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan
untuk sungai dan tasik. Keadaan ini akan membolehkan penjanaan
kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk menampung
keperluan penduduknya.
1.
Selain daripada keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk dalam
menghubungkaitkan kependudukan dengan
sumber, terdapat juga negara-negara yang mempunyai jumlah penduduk optimum. Negara-negara tersebut ialah seperti Jepun, Sweden dan Belanda.
2. Negara penduduk optimum ini mempunyai jumlah penduduk yang seimbang dengan sumber yang dimiliki negara. Oleh itu, penduduk di negara ini dapat menikmati taraf hidup yang tinggi.
3. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk tidak akan kekal selamanya malah boleh berubah mengikut masa.
4.
Sesebuah negara yang mengalami kurang penduduk boleh berubah menjadi
penduduk berlebihan apabila berlakunya pertambahan penduduk
dan sumber semula jadinya tidak mampu lagi menampung keperluan
penduduk.
5.
Bagi negara penduduk berlebihan pula akan mengalami perubahan apabila
meningkatnya penggunaan teknologi dan pengetahuan baru akan
meningkatkan sumber semula jadi yang sedia ada. Keperluan penduduk
dapat dipenuhi sepenuhnya dan negara-negara ini tidak akan
mengalami masalah penduduk berlebihan.
No comments:
Post a Comment