MIGRASI PENDUDUK
Migrasi Penduduk
1. Migrasi penduduk ialah pergerakan penduduk dari satu tempat tinggal ke satu tempat tinggal yang lain.
2. Migrasi penduduk biasanya akan melibatkan pergerakan jarak dan perubahan tempat tinggal.
3. Migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
4. Migrasi antarabangsa ialah pergerakan keluar dan masuk penduduk yang berlaku antara negara.
5. Migrasi dalaman ialah pergerakan penduduk yang berlaku dalam negara.
6. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis migrasi dalaman iaitu:
(a) Dari luar bandar ke bandar.
(b) Dari luar bandar ke luar bandar
(c) Dari bandar ke bandar
(d) Dari bandar ke luar bandar
(a) Dari luar bandar ke bandar.
(b) Dari luar bandar ke luar bandar
(c) Dari bandar ke bandar
(d) Dari bandar ke luar bandar
7. Aliran migrasi dalaman di Malaysia pada tahun 2001 ialah:
(a) Dari luar bandar ke bandar = 11.9%
(b) Dari luar bandar ke luar bandar = 4%
(c) Dari bandar ke bandar = 67.5%
(d) Dari bandar ke luar bandar = 18.5%
(a) Dari luar bandar ke bandar = 11.9%
(b) Dari luar bandar ke luar bandar = 4%
(c) Dari bandar ke bandar = 67.5%
(d) Dari bandar ke luar bandar = 18.5%
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
1. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar merupakan pola migrasi utama di Malaysia.
2. Migrasi ini juga dikenali sebagai migrasi desa bandar.
3. Kawasan bandar yang selalu menjadi tumpuan penduduk ialah bandar, bandar raya dan kawasan perindustrian.
4. Migrasi penduduk ke bandar menyebabkan pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan bandar.
5. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar ialah:
(a) Peluang pekerjaan
(b) Kadar upah yang tinggi
(c) Kestabilan politik
(d) Kemudahan asas yang lengkap
(e) Melanjutkan pelajaran
(f ) Mengikut keluarga
(g) Mengelakkan bencana alam.
(a) Peluang pekerjaan
(b) Kadar upah yang tinggi
(c) Kestabilan politik
(d) Kemudahan asas yang lengkap
(e) Melanjutkan pelajaran
(f ) Mengikut keluarga
(g) Mengelakkan bencana alam.
6.
Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar besar seperti
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan banyak.
7.
Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding
dengan kadar upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah
lebih tinggi daripada luar bandar.
8. Kestabilan politik
membolehkan Malaysia membangun dengan pesat dan menggalakkan
pelabur asing melabur di Malaysia. Keadaan ini dapat memperkembangkan
ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, terdapat ramai
penduduk dari luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan.
9. Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap
berbanding dengan kawasan luar bandar. Bekalan air dan
elektrik, sekolah sistem jaringan jalan raya dan
hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu,
penduduk luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati
kemudahan asas di bandar.
10.
Institusi pengajian tinggi di Malaysia, kebanyakannya didirikan di
kawasan bandar seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur,
Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Universiti Sains
Malaysia di Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai,
Johor. Golongan pelajar terpaksa berhijrah ke bandar
untuk melanjutkan pelajaran mereka.
11. Migrasi dari luar bandar ke bandar
juga berlaku apabila ibu bapa ditukarkan tempat kerja. Jadi
seluruh keluarganya berpindah ke tempat baru untuk memulakan kehidupan
yang baru.
12.
Masalah bencana alam juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Ini adalah kerana
bencana alam seperti banjir boleh berlaku beberapa kali
dalam setahun dan menyusahkan hidup penduduk. Oleh itu,
penduduk luar bandar lebih suka berpindah ke bandar kerana bandar
mempunyai pelbagai kemudahan untuk mencegah banjir.
1. Migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar berlaku antara negeri atau dalam negeri dan juga dikenali sebagai migrasi antara desa.
2.
Migrasi ini biasanya berlaku hasil daripada rancangan pembangunan tanah
yang dirancangkan oleh agensi-agensi kerajaan
seperti:
(a) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
(b) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
(c) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
(d) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
(e) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
(a) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
(b) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
(c) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
(d) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
(e) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
3. Agensi-agensi ini dapat memajukan kawasan luar bandar dengan membuka tanah-tanah untuk tujuan pertanian.
4. Rancangan pembangunan tanah di kawasan luar bandar bertujuan untuk:
(a) Menggalakkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar yang kurang maju ke kawasan luar bandar di bawah rancangan pembangunan tanah.
(b) Membasmikan kemiskinan dan mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
(a) Menggalakkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar yang kurang maju ke kawasan luar bandar di bawah rancangan pembangunan tanah.
(b) Membasmikan kemiskinan dan mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
5. FELDA merupakan agensi kerajaan yang paling berjaya meningkatkan migrasi penduduk antara desa.
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar ialah:
(a) Peluang pekerjaan
(b) Ancaman komunis
(c) Dasar kerajaan
(d) Melanjutkan pelajaran
(e) Mengikut keluarga
(a) Peluang pekerjaan
(b) Ancaman komunis
(c) Dasar kerajaan
(d) Melanjutkan pelajaran
(e) Mengikut keluarga
7. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan luar bandar yang bertanih subur untuk mengusahakan tanah kerana kawasan asal mereka tiada peluang pekerjaan.
8.
Semasa Zaman Darurat di Malaysia, ramai penduduk luar bandar berhijrah
ke luar bandar yang selamat atau di bawah perlindungan kerajaan
kerana ancaman komunis mengurangkan keselamatan mereka.
9. Pihak kerajaan telah berkerjasama dengan agensi-agensi untuk membangunkan kawasan luar bandar. Oleh itu, rancangan pembangunan tanah di adakan di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia.
10. Kawasan yang diadakan ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan sekolah untuk kanak-kanak belajar.
11.
Terdapat juga institusi pengajian tinggi yang dibina di kawasan luar
bandar di Malaysia seperti Universiti Utara Malaysia di
Sintok dan Universiti Utara Malaysia di Bota. Golongan pelajar
yangh ingin melanjutkan pelajaran di institusi-institusi ini bermakna mereka terpaksa berhijrah ke kawasan luar bandar.
12. Bagi ibu bapa yang bertukar tempat kerja dari
sesuatu kawasan luar bandar ke luar bandar yang lain,
mereka akan memindahkan seluruh ahli keluarga mereka ke kawasan
baru untuk memulakan kehidupan baru.
No comments:
Post a Comment